Tuesday, August 06, 2013

Mungkin Ini Adalah Takdir...

Asalamualaikum...

4 ogos 2013 persamaan 26 ramadhan 1434 A.H... hari yang pertama kali aku dan si dia berjumpa walaupun sudah setahun tak berjumpa.. tapi adakah ianya hari yang terakhir aku dan si dia berjumpa?

5 ogos 2013... si dia balik terengganu.. dia naik motor dengan adik dia balik ke negeri asalnya...  setiap pejalanan dia dari johor ke terengganu.. dia mesej aku... mesej yang terakhir..pukul 2.59 p.m.. dia cakap dia dah sampai dungun...mungkin perjalanan dia lagi sikit nak sampai rumah dia yang hampir dengan kelantan...

6 ogos 2013 pukul 12.42 a.m... masih tunggu mesej dia... walaupun dah banyak kali bagi mesej tapi mesej yang aku bagi asik failed.. mesej asik tak diterima... telefon dia lagi lah asik masuk voicemail jew... tak pernah-pernah dia tak balas mesej aku.. tutup handphone pun tak pernah...pagi,tengah hari,petang, dan malam selalu bagi mesej walaupun aku pernah takbalas..dia tetap bagi mesej... yang terharu selalu ingatkan aku untuk solat.. setiap 5 waktu dia tegor...Ya Allah.. aku takut ada apa-apa terjadi dekat dia.. dah lah aku tak tahu nak hubungi siapa lagi... aku cuma ada no fon dia jew... rumah sewa dia lagi lah aku tak tahu... disebab kan terlalu abaikan dan tak ambik kisah untuk tahu ini la akibatnya... lagi 3 hari nak raya kenapa boleh jadi macam ni? adakah kami akan berpisah selama-lamanya? serius.. aku dah takada sesiapa lagi selain dia yang selalu setia selama setahun dengan aku... nak tahu khabar dia pun jadi lah... tapi apa kan daya... tak tahu jalan macam mana lagi nak cari dia balik... hope harini dia balas mesej-mesej yang aku bagi... Ya Allah... hamba harap sangat dapat berita yang baik... hamba masih belum sanggup nak terima berita buruk... dia terlalu sempurna.. terlalu baik bagi hamba Ya Allah... kenapa selama setahun hamba cuba dapatkan kebahagiaan... bila pada 4 Ogos hamba dah mula rasa kebahagiaan bersama si dia tetapi ia pergi dengan terlalu cepat.. kenapa beri kebahagiaan tu terlalu cepat dan singkat...hamba tak layak ke untuk mendapat kebahagiaMu itu YA Allah? kalau ianya terjawab... hamba redha dan pasrah dengan apa yang Engkau tentukan...

Mungkin memang takdir dalam perjalanan hidup kita macam ini... atau mungin tiada kebahagiaan aku sepanjang hidup aku... Ya Allah... hamba akan cuba untuk terima dengan seikhlas hati hamba Ya Allah.. insyaallah hamba akan cuma untuk tidak salahkan takdir... hamba akan cuma mendapatkan hikmah disebalik ini... Insyaallah...