Tuesday, August 06, 2013

Mungkin Ini Adalah Takdir...

Asalamualaikum...

4 ogos 2013 persamaan 26 ramadhan 1434 A.H... hari yang pertama kali aku dan si dia berjumpa walaupun sudah setahun tak berjumpa.. tapi adakah ianya hari yang terakhir aku dan si dia berjumpa?

5 ogos 2013... si dia balik terengganu.. dia naik motor dengan adik dia balik ke negeri asalnya...  setiap pejalanan dia dari johor ke terengganu.. dia mesej aku... mesej yang terakhir..pukul 2.59 p.m.. dia cakap dia dah sampai dungun...mungkin perjalanan dia lagi sikit nak sampai rumah dia yang hampir dengan kelantan...

6 ogos 2013 pukul 12.42 a.m... masih tunggu mesej dia... walaupun dah banyak kali bagi mesej tapi mesej yang aku bagi asik failed.. mesej asik tak diterima... telefon dia lagi lah asik masuk voicemail jew... tak pernah-pernah dia tak balas mesej aku.. tutup handphone pun tak pernah...pagi,tengah hari,petang, dan malam selalu bagi mesej walaupun aku pernah takbalas..dia tetap bagi mesej... yang terharu selalu ingatkan aku untuk solat.. setiap 5 waktu dia tegor...Ya Allah.. aku takut ada apa-apa terjadi dekat dia.. dah lah aku tak tahu nak hubungi siapa lagi... aku cuma ada no fon dia jew... rumah sewa dia lagi lah aku tak tahu... disebab kan terlalu abaikan dan tak ambik kisah untuk tahu ini la akibatnya... lagi 3 hari nak raya kenapa boleh jadi macam ni? adakah kami akan berpisah selama-lamanya? serius.. aku dah takada sesiapa lagi selain dia yang selalu setia selama setahun dengan aku... nak tahu khabar dia pun jadi lah... tapi apa kan daya... tak tahu jalan macam mana lagi nak cari dia balik... hope harini dia balas mesej-mesej yang aku bagi... Ya Allah... hamba harap sangat dapat berita yang baik... hamba masih belum sanggup nak terima berita buruk... dia terlalu sempurna.. terlalu baik bagi hamba Ya Allah... kenapa selama setahun hamba cuba dapatkan kebahagiaan... bila pada 4 Ogos hamba dah mula rasa kebahagiaan bersama si dia tetapi ia pergi dengan terlalu cepat.. kenapa beri kebahagiaan tu terlalu cepat dan singkat...hamba tak layak ke untuk mendapat kebahagiaMu itu YA Allah? kalau ianya terjawab... hamba redha dan pasrah dengan apa yang Engkau tentukan...

Mungkin memang takdir dalam perjalanan hidup kita macam ini... atau mungin tiada kebahagiaan aku sepanjang hidup aku... Ya Allah... hamba akan cuba untuk terima dengan seikhlas hati hamba Ya Allah.. insyaallah hamba akan cuma untuk tidak salahkan takdir... hamba akan cuma mendapatkan hikmah disebalik ini... Insyaallah...


Tuesday, April 23, 2013

Hidup Pasti Diteruskan...

Asalamualaikum...

Hai kawan blogger... macam mana kehidupan harini? ceria?sedih?sakit hati atau biasa biasa jew? yang penting korang suka cara hidup korang sekarang ini...

Kemarin dua orang telah kembali ke rahmatullah akibat mati lemas dekat air terjun maran.. masuk surat khabar, nak tengok sila klik SINI... yang sedih kawan sefacebook yang pernah tegur,bergurau.... kami tak pernah jumpa walaupun duduk di johor bahru... dia adalah akmal ismail... dalam surat khabar tertulis kamal ismail tetapi nama arwah akmal ismail... tak sempat kita berjumpa kan? takpa.. kita jumpa di syurga nanti pasti... :)

Dalam facebook layan aku sangat baik... rupanya arwah memang baik sebab ramai yang dalam facebook kawan kawan arwah sedih... ALLAH lebih sayangkan arwah... kita sedekah al fatihah kedua dua arwah... akmal ismail dan amir fahmi yang ingin selamatkan kawannya tetapi turun lemas jugak... besar pengorbanan arwah...

Kepada kawan kawan arwah turun bersabar dan sentiasa berdoa untuk kedua arwah... 
إنا لله وإنا إليه راجعون ( kepada Allah kita datang , kepada Allah jua kita kembali) yang hidup diteruskan dan berdoa untuk arwah... kepada keluarga arwah takziah dan terima dengan redha....

~Al-Fatihah~





Sunday, February 24, 2013

Orang Yang Tersayang ♥

Assalamualaikum....

Wit wit ! dah lama tak update blog kan . . huhu. . apa macam ? rindu aku tak ? ape? rindu? aku pun rindu blogger aku ni... hehe :D

Okey nak cakap yang pasal ayah aku sebenarnya...ayah yang tersayang... tak silap aku da sebulan lebih lah ayah aku masuk hospital... sebab itu lah aku jarang update... dalam hati sangat-sangat risau tentang ayah... mula mula dapat tahu dari facebook kakak aku... dia cakap semoga ayah cepat sembuh... then baca komen seterusnya kakak cakap ayah masuk hospital... WOW! bengang gila sebab takde siapa yang bagi tahu... dapat tahu dekat facebook... sentap gile la... ayah masuk hospital sultan ismail.... ingat nak perg tapi dah malam then esok nya ada kelas... kena tunggu minggu depan baru dapat balik...

Dah abis kelas hari rabu 23/01/2013 esoknya cuti... terus balik... tumpang kawan punya kita... gerak dua kereta...satu myvi satu lag saga baru...aku naik myvi...myvi dah jalan dulu... lagi satu kereta saga masih belum jalan... dekat sempang tuh kita orang berhenti tunggu kereta saga kan... tak muncul muncul... sekali dieorang tepun yang dieorang accident kan... tekejut... kiteorang tanye accident ape tapi dia tak cakap cakap yang dengar menangis jew... yelakan orang tangah troma kan... kiteorang ingat tayar dieorang masuk longkang depan rumah... tak lah besar pun longkang tuh..kiteorang patah balik dengan bawak kereta laju sampai rumah tak ada pulak kereta saga tuh... fikir fikir mungkin dekat simpang empat.... dah nak sampai dari jauh kiteorang dah nampak ramai orang... sampai jew tempat kejadian.. AAH! memang sah dieorang punye kereta...teruk gila.. saga langgar bas kilang... nasib baik orang yang bawak dengan penumpang tak apa apa... aku cuma fikir keselamatan kawan kawan aku jew... kereta teruk takpayah fikir kan... tapi yang pelik nya yang bawak kereta tuh nangis bukan sebab troma... tapi sebab takut kena marah dengan ayah dia...macam mana nak soal jawab dari bapak dia.. itu jew dari tadi die fikir... ish2...

Lama jugak la berjam-jam dari pukul 2 lebih... sampai pukul 5 lebih nak masuk pukul 6 baru gerak ke HSI tengok ayah... sampai sana lagi 15 minit nak pukul 7....dah nak abis melawat... akhirnya dapat jugak tengok ayah walaupun 15minit sahaja... ayah mase tuh nampak kurus sangat... mata dah berair dah.. tapi kena tahan jugak...taknak ayah bertampah stress kalau tengok anaknya menangis... ayah sakit kelenjar limpa dekat kaki kanan... kalau korang search google image... nampak gambar dua kaki then salah satu kaki besar... bengkak... itu lah ayah aku alaminya... esok dan sampai abis cuti melawat ayah... dalam sebulan lebih tuh ayah dipindah ke hospital sultanah aminah (HSA) pulak nak buat kemoterapi... kesian kadang kadang tak lalu makan...

Sekarang ayah dah keluar dari HSA baru nampak dia selera sikit... HAH! nak promot ni... hari tuh kawan melawat ayah..dia bawak nasi ayam sedap sangat... sampai emak aku mintak resepi macam mana nak masak ayam tuh...hahaha... okey la Alhamdulilah ayah sekarang bertambah okey cuma tak boleh jalan sangat je..kalau jalan pakai tongkat 4 kaki... malas nak pakai tongkat pakai kerusi roda... saya harap sangat sangat korang sedekah la doa anda untuk ayah saya makin sembuh dan boleh jalan macam korang...dan emak saya sentiasa sihat jugak hihi... hanya ALLAH sahaja dapat balas budi baik korang... syukur alhamdulilah...

cincau~~



Saturday, December 29, 2012

PINK?? comel...

Assalamualaikum...

Woah dah lama pulak aku tinggalkan baby blog ni... makin biadap ye lagu dalam blog aku ni... tapi ni lagu untuk budak-budak suka menyalak macam anjing... benci! benci! benci! huh! tapi sekarang bukan nak cakap pasal budak-budak ***k ni la...nak cakap....huhuhu malu pulak nak cerita...kikik oke aku terus kan jugak...jom lompat kebawah pulak...

Okey la... harini 29/12/2012 hari sabtu kali ketiga aku kuar dengan si H ni... Ohmygod! dia pun pakai baju warna pink sama dengan aku la... kiteorang langsung tak cakap pakai baju warna apa sahaja...cuma cakap kami tak pakai baju yang kami sama-sama pergi beli haritu...kali ini keluar berdua sahaja..woah tak takut ke ada bertiga kan? kami dekat sana bukannye berdua sahaja dalam angsana tuh...ramai orang dalam angsana tuh... lagipun taknak la ape-ape belaku... saya kan nak jadi lebih baik...hahaha...alhamdulilah tak ada yang tidak diingini... sentuh je aku tumbuk muka dia... dah try pesan dah dekat dia awal-awal... 'sentuh aku tumbuk!' hahaha...

Kalau orang lain fikir...kami macam pasangan yang berjanji pakai baju warna pink... padahal kami tak janji pun dan tidak jangka langsung... kalau aku pasang spy... setiap temu janji warna baju berlainan...hahaha baru seronok...

Sangat seronoklah jalan dengan dia... lagi-lagi tengah masyuk kan.. ptptn sekali dengan bank bergerak...hahaha tapi bank bergerak tuh tak guna langsung la... tak kerja lagi... kalau kerja pun bukan dapat beribu pun..huh! tapi taknak lah guna duit dia baik dia simpat untuk pinang aku nanti...senang... lepas kahwin yes!!! baru betul-betul bank bergerak..haha... kejam kan? sangat kejam sebenarnya...kikiki... okey lah esok dah nak balik bandar penawar menghadap anjing menyalak...sangat bosan... okey wasalam...

cincau~~ 



Tuesday, November 13, 2012

Hari Paling Bermakna.

Assalamualaikum....

Harini... 13/11/2012... hari yang si dia mintak couple secara depan-depan selepas tengok cerita Istanbul Aku Datang... cerita tuh memang sebijik dalam hubungan kami hihi... dia yela cik kenit yang aku sayang sangat-sangat tuh...(nama sebenar dirahsiakan) kami beli baju warna kuning melambangkan hubungan kami yang terjalin.. eee bestnya bestnya... dan yang paling penting dia la orang pertama mintak couple berdepan depan walaupun sempoi jew tak seromentik tapi sweet dan beli baju couple.. Woah!! seronok seronok seronok.. hoho...

Happy gila keluar dengan dia... sangat sangat sayang dekat dia.. aku berharap aku tetap dan kekal dengan dia.. berkahwin dangan... huhu... TAPI! ni yang aku tak suka... dia suruh aku tunggu 6TAHUN??? hello... mana ada perempuan yang nak sangat kahwin cepat tapi kene tunggu sampai 6TAHUN... mana boleh tahan... tak boleh...tak boleh..tak boleh...aku kena fikir tips macam mana nak kami kahwin cepat...
tapi ikutkan tips dalam cerita istanbul... dia nak kena tangkap basah... tapi plan die sangkut sebab kena cari rumah... tapi aku taknak la sampai kena tangkap basah.. aku kena cari cara macam mana nak aku dengan die kahwin cepat dari 6TAHUN tuh... oh my god... no! korang mesti tolong aku macam mana nak dapatkan dia masa terdekat ni... huh... tak sabar nak pakai baju pengantin..msti comel sangat2...huhu...okey setakat ni jew aku kongsi... bubye... (iloveyoucikkenit)


Thursday, November 08, 2012

Ingin Hidup Bahagia..

Assalamualaikum....

Wow... sekarang aku tengok ramai couple couple dekat luar sana bahagia ae... walaupun gaduh sebesar kuman akan menjadi sebesar gajah... tapi berbaik balik... tetap sayang nya takkan kurang... everyday, anytime... mesej... henpon takkan lepas dari tangan sentiasa pegang... laju aje menaip mesej takkan lambat... setiap mesej takkan pernah terlepas dengan ayat-ayat cinta mereka... wow! sangat romentik gitu...

Bila saat merindui... mesti takkan pernah lepaskan peluang untuk berjumpa... bila nak jumpa mesti sepakat untuk pakai baju warna apa...seluar apa...kasut warna apa...mesti nak sama warna dari hujung rambut hingga hujung jari kaki... hidup tengah bahagia gitu...jalan bersama-sama..makan bersuap... snap sana snap sini... macam dunia mereka punya... bila saatnya untuk balik terpaksa berpisah sementara waktu bukan kemain mereka bersedih... kononnya belum puas berjumpa macam saat detik jam itu cepat sangat berlalu...nak berputar balik masa tak boleh... macam dah tak boleh fikir rasional da...huhu..

Tapi kan aku takde rasa macam tuh semua... memang tak dinafikan lagi bila setiap aku couple mesti tidak lama..tidak pulak macam couple couple luah sana... bertahun-tahun mereka boleh bertahan... ex ex aku dulu semua yang nak kan aku bukan aku nak kan mereka... tuh kadang kadang tak kekal...  tapi itu dulu la... sekarang aku tahu apa itu setia... tetapi bila aku mula jadi seorang setia... tiada siapa yang nak dekat aku lagi tapi lelaki yang aku nak sangat sangat tuh takkan pernah dapat juga... malahan lelaki itu milik orang lain... hampa... tuh la orang dulu dulu kata jangan main kan perasaan orang lain... nanti kita yang merana..

Aku sekarang nakkan lelaki yang aku suka... bukan lelaki yang suka aku dulu.. faham tak? tak faham..kena faham kan jugak.... kalau lelaki yang suka dekat aku...aku takut tak boleh nak setia... nak tahu ciri ciri lelaki yang aku suka? si dia tidak lah hensem mana pun tapi kira ada rupa sikit la kan asalkan comel...huhu... yang baik kira orang ajak solat dekat masjid or surau dia tetap akan ikut itu dah kira baik la tuh... si dia tiada harta tidak jadi masalah bagi aku... rezeki ditangan ALLAH bukan ditangan manusia..betol x? ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambanya..huhu... lagi si dia ada buat sesuatu depan aku sehingga buat aku tersentuh walaupun si dia buat bukan untuk aku.... si dia pandai menyanyi...main gitar...boleh dodoikan aku tidur... =P si dia seorang yang pemalu... maksudnya si dia pemalu dengan perempuan mesti cara si dia akan menjadi comel.. huhu... kalau peluang ini didepan aku dan akan menjadi milik aku... aku takkan lepaskan peluang ni!!!

Ciri ciri tuh semua aku dah jumpa... tapi aku belum terus terang lagi dekat si dia... sebab ada pehalangnya... lagipun kan kalau kita menyatakan cinta kita sebelum bernikah... ALLAH akan kurangkan cinta kita... disebabkan itu ramai couple pastu putus... kalau kita benar benar sayang kan si dia dan cinta kan si dia mengadu kepada ALLAH sebab DIA tahu apa yang terbaik dan tahu jodoh kita...DIA yang tentukan jodoh kita bukan kita... cuma kita berusaha sahaja... jodoh tuh akan datang juga... kalau difikirkan balik mesti indah kan bercinta selepas nikah... harap harap aku adalah kategori pasangan yang bercinta selepas nikah... harap jodoh aku segera datang meminag dan bernikah ye... cinta akan tunggu rindu setiap saat... harap rindu orang yang baik baik yang dikurniakan oleh ALLAH untuk cinta... AMIN...

Cincau~~



Thursday, October 25, 2012

Raya Lagi....

Assalamualaikum...

Woah! seronok nye raya lagi.... selamat hari raya aidil....ADHA!!! mungkin dekat kampung-kampung korang meriah kan sebab raya korban... tahun ni korban lembu dekat kampung aku... tak sabar nak buat sup gearbox... erm..sedapnye...

Mesti mak nak buat daging bakar... wow! delicious... tak sabar nak tunggu saat ni kan... mesti pagi raya ni rindu kan orang yang kita sayang.... lagi-lagi abang yang da lama mengilang... tak contact aku lagi... die kata takde kredit la... buzy kerja la... ajak kuar takde cuti la... takpe la abang... orang tetap sayang kan abang walaupun hati ni terseksa... tapi ni bukan topic kita sekarang ni...

Hope hari raya haji ni bermakna bagi aku... then pada korang jangan makan banyak-banyak lembu tuh... nanti korang besar macam lembu baru tahu... huhu... time aku nak diet time ni la ade makanan sedap-sedap...sabor je la.. okey ni je coloteh aku malam ni... bubye...


cincau~~


Thursday, October 18, 2012

Tips mudah untuk mengafal nota

Hi, korang...

Yang nak SPM, yang nak exam dekat IPTA or IPTS... mesti ada sesetengah yang susah hendak mengafal nota.. now aku ada tips baek punya macam mana hendak mudah mengafal nota... okey...


1. Bahan-bahannya ialah
- nota ringkas
-air (ikut suka hati nak letak berapa banyak)
-garam, gula
-serebuk lada putih (nak pedas untuk otak berfungsi sikit)

2. Letak nota ringkas dalam periuk.

3. Isi air (kalau ramai yang nak minum isi banyak sikit)

4. Garam dan gula secukup rasa.

5. Serebuk lada putih sedikit (taknak letak pun takpe)

6. Buka api sederhana, dan rebuskan.

7. Tuang dalam cawan.

8. Dan sedia untuk minum...


Amalkan setiap pagi bila nak mula study.. nak pergi ambil exam pun minum lagi... Selamat Mencuba... :)






Sunday, July 08, 2012

Luahkan apa yang terbuku dihati

Asalamualaikum.... hai blogger tercinta and group blogger... apa khabar? agak-agak korang sihat tak? mesti ada yang tengah happy kan? tapi orang dekat sini boring sangat... macam dah buat...buat kek batik la, main facebook la, menyanyi sampai sakit tekak la, buat kuih apam pokodot la adn macam macam lagi...still boring lagi la... apa yang kurang dalam hidup ini pun tak tahu la....mungkin sebab takde orang nak layan aku kot.... perh! gile bosan! kan dah meroyan dalam blog ni.... apa apa pun tadi boru kena ceramah dengan pakwe kawan aku.... kalau bosan beri tahu...  jangan pendam... nanti timbul satu masalah... sampai kesejukkan aku tunggu die cakap...tapi ada baiknye jugak...

Mak ayah...nini bosan la duduk dalam rumah sewa tanpa mak dengan ayah...dengan keluarga kita...kalau nini tahu hidup dekat sini bosan, nini taknak sambung belajar...nini sanggup duduk rumah dengan mak walaupun boring sekurang2nya nini boleh tengok cerita indon dengan mak...macam macam boleh buat dengan mak...masa cuti sem 2 bulan rase sekejap jew cuti... tapi dekat sini cuma cuti hujung minggu jew macam cuti setahun....bosan yang teramat.. kadang kadang nini terpikir menyesal pulak sambung belajar....nk behenti dah naik sem 3...duit ptptn dah banyak pinjam...pejam celik pejam celik dah 12ribu nini pinjam duit ptptn mak...nini dapat rasa 2ribu jew mak... lagi 10ribu macam tuh jew abis...duit daftar tuh telalu mahal... macam mana nini nak bayar balik? kerja pun belum tentu dapat....perlu berdoa jew mak...

Mak...terima kasih sebab belikan nini telekung baru mak... sangat cantik mak... nini basuh wangi wangi mak... tenang nak menunaikan solat mak.... mak nini nak nangis boleh tak? tapi takde siapa nak pujuk nini nanti...nini rindu dekat mak la...jumpa mak last pun time jom heboh dekat angsana jew...tuh pun nini tak dapat nak balik... nini kena balik rumah kawan nini...sebab keesokkannye nini kena buat kerja...ni first and last nini sambung belajar... kerja pun dekat dekat dengan rumah...senang nak pergi dan balik jew mak....dekat sini jarang la mak nak dapat kasih sayang...kawan? jarang la mak...bosan bosan macam ni dieorang suka buat hal dieorang la...macam hujung minggu ada yang balik... nini nak balik duit tak mencukup lah..nak mintak ayah duit nini segan...duit ptptn dah abis...tuh pun tinggal rm150 jew mak....tuh pun duit sewa rumah dengan duit wifi bulan 7 ni...

Time kebulur? setakat ni nini boleh tahan...kalau lapar nini masak maggi jew..tak pun makan biskut... kadang kadang masak lauk lauk jugak...tapi tak sesedap mak masak la...jajan yang beli dekat jom heboh pun masih ada..boleh la makan...bab bab makan nini tak kisah.. tahan lapar pun takpe...boleh jadi kurus... tapi tahan bosan memang nini tak boleh...dekat rumah kita boleh la nini elakkan bosan...tapi dekat rumah sewa bosan die tak dapat di elak...mak nak tahu tak...dulu nini memang nak sambung belajar...sekarang tengah belajar nini nak khawin pulak... tapi mak tak bagi sebab suruh abis kan belajar and kerje dulu...bosan la nak tunggu mak... tapi kan nini masih takde calon lagi...nini dekat sini tak couple pun ye mak... hp nini masih banyak kredit sebab nini tak mesej or call lelaki mana mana pun...huhu... mak..kenapa zaman dulu dengan zaman sekarang lain yek mak? zaman mak dulu boleh jew kahwin awal kan.. tapi zaman sekarang kena belajar dulu kan...kalau tak belajar hidup merempat...semua harga barang ape semua naikkan mak... mak sebenarnya nini banyak sangat masalah dekat sini mak...tapi nini taknak tunjukkan dekat mak yang nini banyak masalah...sebab mak sendiri pun ada masalah kan...so takpe...nini faham....tuh nini luahkan dalam blog ni mak... mak setakat ni jew la nini taip ye mak... nini belom solat isyak lagi... nini doa kan mak sentiasa sihat dan happy....jangan selalu bosan macam nini... pi hutan bandar teman jew ayah tuh... hihihi... oke daaa wasalam...

cincau~~

Thursday, May 31, 2012

blue&gray,black...green,pink&yellow...white,red&purple

Assalamualaikum....salam satu malaysia! :D

Em...baru nak update cerita...sekali blog aku dah berubah! susah la macam ni... aku suka blog yang lama...tapi takpe la dah jadi macam ni... nak buat macam mana kan...

Okey! tajuk dekat atas tuh macam cerita pasal warna jew... kenapa lima colour jew? nak tahu? tunggu nanti aku update seterusnye..huhu... gurau... okey...sebenarnya tuh warna tema wedding dipilih oleh abang aku dan sepupu aku... warna yang sangat menarik dan ada juga ambil favorite colour aku... tak boleh jadi nie! huh! sekarang kita layan gambar-gambar wedding dieorang...

arizman & asanah (abang n kakak ipar aku)
gray & black

blue

anang & leen (sepupu)
green & pink...rumah belah perempuan...

nie pulak yellow...rumah belah lelaki



farahin & razi
white & red...

purple
baju purple ni time ambil gambar jew...

Okey tak colour baju dieorang? dieorang pilih warna yang sangat menarik...lagi menarik red!!! colour fuv aku tuh! huh! nanti baju wedding aku lagi menarik...insyaallah...haha...now! kita layan gambar lagi... :)





Sampai sini jew k... kalau korang nak kahwin then nak cari camera men... aku harap korang ambil die ni camera men... sebab dia memang ambil baik punye la.... nak kenal? bukak facebook korang then just klik dekat DISINI! ... okey la daa...
cincau~~






Thursday, April 19, 2012

Impian Harap Tercapai

Assalamualaikum.....

Hai kawan-kawan blogger.... rasa da lama jugak yek aku tak update blog kan... yela aku sebok sebenarnye... sebok kerja... esok full pulak tuh.... masuk pukul 9 pagi sampai la pukul 10 malam... penat tak?  mesti penat woo!!

Tapi takpe kot... aku pikir kan hp baru je... sony ericsson xperia...jenis ape aku belum pikir la... tak pun samsung galaxy.... bajet aku just 500+ jew... try cari tempat yang murah... nak cari yang ade 3G... boleh bukak net... yang paling penting camera mesti lawa... kalau hp harga 500+ macam-macam ada banyak function mesti best gila-gila kan?

Nanti aku dah beli aku snap aku tunjuk hp apa aku pakai k...huhu....actually aku tak reti nak pilih hp macam mana... kalau ape yang aku nak ada...tuh la jadi pilihan aku...huhu... okey la sampai sini jew..k daa...

cincau~



Tuesday, March 20, 2012

Try Buat Yang Terbaik

Assalamualaikum....

Hai kawan-kawan blogger....korang ape macam? sihat? disini aku tak berapa sihat lah... dah mula demam... baik-baik batuk jew terus demam...batuk belum baik datang pulak demam.... hope tak mengganggu time exam... takut sangat... Allah S.W.T jew yang tahu keadaan aku macam mana...

Kali ni aku try tukar background macam mane korang tengok sekarang ni dekat blog aku tuh la asil nye... aku tak reti nak cantik kan blog seperti mana korang-korang punye blog yang tercantik...ape ape pun aku try buat yang terbaik.... blog blog jugak... exam pun kena la buat terbaik untuk mak ayah jugak... Insyaallah dengan izin Allah...

Adoi makin parah lah pulak batuk aku ni... ada sesiapa yang sudi belikan ubat batuk untuk aku or bagi tips macam mana nak hilang kan batuk... jangan korang bagi tips hilangkan tekak sekali sudah... haha... tak sangup aku...huhu... okey la ni jew aku nak kongsi dengan korang... takde yang menarik pun...kiki...

cincau~






Wednesday, March 14, 2012

Dah Final Exam

Assalamualaikum......

Hai korang...rasa dah lama tak update blog kan... dah macam-macam aku try cantikkan blog.... sekarang apa yang korang lihat dekat blog aku...tuh la hasilnya...hihi..

Aku nak bagi tahu... aku dah mula final exam untuk sem 2 ni.... dah dua paper lepas... paper foundation english dan statistik perniagaan harini....alhamdulilah dapat jawab la...tapi aku still belum yakin dapat A... lagi 4 paper aku kena jawab.... hope korang doakan aku untuk permudahkan aku jawab paper ni... 23 ni da abis dah.. so cuti sem lah! tapi nak seronok pun tak boleh jugak.. sebab cuti ni aku nak kerje... nak beli hp baru... huhu....jele tengok kawan ada hp canggih.. aku pun nak jugak.... :P

Abis jew exam ni... mak aku masak pulut kuning... tadi baru suruh mak masak pulut kuning sebab tadi jiran bagi makan pulut kuning.. sedap... tak puas tuh aku suruh mak aku masak.... mak aku cakap macam ada niat jew suruh buat pulut kuning.... niat ape? niat nak makan la...teringin jew...huhuhu... sekali meraihkan abis exam aku ni... :)

Apa-apa pun aku da rindu sangat dengan family aku...aku nak cepat paper ni abis... then balik... hihi...suke! okey lah... time untuk rehat kan otak aku... dah mula pening mengadap lappy lama-lama...sampai sini sahaja aku membebel...okey...daa...

cincau....




Thursday, February 23, 2012

burung kertas teman sejati

Asalamualaikum.... selamat malam blog tercinta.... kepada kawan kawan blogger selamat malam.... mesti ramai yang da tidur kan... just aku jew yang belum tidur lagi.... bukannya ape just nak bersama dengan blog tercinta ni.... kalau takde cerita nak dikongsikan takkan aku takdenye aku cari blog aku ni...disebab kan aku ade cerita la aku nk update blog ni.... harini tiba tiba mood bertukar marah... kecian kawan kawan sebilik kena marah tak pasal pasal.... kalau salah seorang roommate aku yang ada baca.... cakap yang lain aku betol-betol mintak maaf.... mungkin aku takde niat nak buat korang kecik hati.... tolong kal ni faham la perasaan aku... jangan cakap belakang... kita boleh face to face kalau korang kurang senang dengan sikap aku.... aku cume nak cari tempat mengadu...tapi aku tak tahu siapa yang boleh faham perasaan aku... roommate aku yang aku sayang... sekali lagi aku mintak maaf... korang boleh jumpa aku kalau korang nak la... tak paya sindir menyindir... aku boleh terasa and sedih....

Hanya lagu dan burung kertas sudi teman aku malam ni.... dan terima kasih kepada kawan baik aku ****...sudi dengar semua sedih duka aku... sudi menjadi bahan untuk saya lepas kan geram semuanye.... saya sayang awak sebenarnye... tadi ayat awak betol betol buat saya beharap balik dekat awak... saya tunggu 1 hari nanti awak tuh.... 143...<3

cincau~

Friday, January 13, 2012

Sweetnya kalau....? ♥

Asalamualaikum....yeah! update lagi... sorry sangat sangat sebab dah lama tak update blog...buzy kahwin la katakan.. HAHA.. takde la... just tengah fikir nak kongsi story dengan korang jew...so kali ini tajuknya Sweetnya kalau...? kalau apa..? kalau berpacaran... HAHA....

Sebenarnya nak cakap sweet kan kalau lelaki nyanyikan untuk perempuan... lagi lagi lagu tuh dia cipta untuk aku...khas untuk aku...ya allah... memang aku akan ingat tajuk lagu la...HAHA... abis lirik lagu tak tahu... ingat tajuk pun dah okey kan? :) setakat ni takde siapa yang bagi lagu ciptaan sendiri untuk aku... tengah tunggu siapalah jejaka yang bagi dekat aku....mesti time tuh jugak aku nangis sebab gembira...tak pernah aku rasa gembira macam tuh tahu? ataupun nyanyi sambil lamar aku jadi bidadari dia... aku rasa macam dia lah cinta terakhir aku....takde yang lain.... memang takde keluarkan perkataan PUTUS...dah penuh status dekat facebook pekataan putus...keluarkan lagu putus...OMG! memang tak terpikir akan jadi macam tuh...masa couple...bagi perempuan mase melamar nak ada cincin la ape lah...kalau aku just ais krim cornetto...sedapnya...huhu...

Romentik kan....bagi aku tuh da cukup jiwang tahu? bukan bagi ayat jiwang jiwang...cinta pada mu la...whatever....bagi aku...just send lagu dah cukup....aku lagi suka macam tuh...nyanyi kan lagu tme aku nak tidur...woah...aku baru tahu aku macam ni la...jiwang...HAHA... dari luaran macam ganas...dalaman...perh!! siapa tahu kan...ada taman bunga....tempat orang jiwang...layan perasaan...cewaoh! huhu... aku nak tunjuk gambar ni...sweet gila...sorry kepada tuan punya gambar...sebab ambil tanpa izin...tapi aku suka gambar ni...
alolo...suapkan ais krim..cornetto pulak tuh!

Lagi satu gambar bunga cornetto...yang ni...lagi lagi lagi suka... bila la aku dapat bunga cornetto ni kan...siapa lah jejaka yang romentik sangat bagi bunga cornetto ni kan...


cincau~



Lelaki ♥

Asalamualaikum cinta.... HAHA... cinta dekat siapa ni? dekat awak ke? huhu....sudah semestinya blogger aku...huhu... now! apa yang idaman sangat tuh? nak tahu sangat kew? yang awak tuh...tah payah tahu la...boleh? hahaha....gurau-gurau..okey..sekarang aku nak cerita tentang LELAKI idaman aku.... awak-awak yang nak kenal couple dengan saya mesti complete kan 5 perkara ni....woah...dah macam apa da...okey...5 perkara iaitu PERTAMA...study dekat ipt...aku nak abis kan study tuh dengan pointer terbaik...KEDUA pulak...cari kerja tetap dahulu...yelah...calon isteri mesti nak suami dia ada kerja...kalau takde kerja dah gatal nak kahwin..nak bagi anak bini makan apa cik abang oit! makan batang pokok depan rumah tuh ke? agak-agak der...huhu...yang ketiga pulak...ada kereta sendiri asil titik peluh sendiri...kalau pakai duit mak bapak...buat apa kan...nanti esok-esok nak kahwin duit hantaran pakai duit mak bapak? i dont like! huhu... keempat rumah sendiri....dah cantik dah tuh...ada rumah sendiri kan....senang kan...takde la dah kahwin still duduk rumah mak...kalau rumah mak besar macam rumah mak datin tuh takpe la...kalau rumah kecik jew tak ke susah orang tua tuh nak duduk...sempit sayang...tambah lagi dengan cucu dia...dah macam apa tah dekat rumah tuh...okey yang kelima...cukup kan ilmu...ilmu apa? mesti la ilmu untuk didikkan isteri dan anak-anak nanti...nak sangat masa dah kahwin tuh suami jadi imam untuk keluarga...yang ni paling-paling sweet sangat...hehehe....kalau antara 5 perkara ni tak complete...jangan datang cari saya okey...huhu...

Okey la...kenapa aku mintak macam ni? mesti lelaki baca cakap cerewet nya? or cakap nak hidup senang la tuh...or nak kikis duit lah tuh.... maaf ye..aku bukan maksud macam tuh...aku ni bukan jenis macam perempuan macam tuh okey...aku sebenarnya taknak kena kecewa....yela...kalau betol la dia nak aku...sayang aku..."cinta" aku... dia mesti sanggup tunggu aku dan nak tunjuk dekat aku yang dia boleh buat  apa yang aku nak...buktikan dia boleh sedia kan permintaan aku...aku ni bukan kejam sangat...pasal suruh dia abis kan belajar dia tuh aku nak dia berjaya dulu dalam hidup..aku taknak dia couple then kena kecewa pelajaran dia tergangu last2 berhenti...aku taknak jadi perosak masa depan orang...yang kedua..aku nak tengok dia boleh capai impian dia...kejayaan dia...nak tengok dia jadi seorang yang kejaya...boleh lah dia tanggung mak bapa dia...keluarga dia...dari situ kita boleh lihat dia seorang yang bertanggungjawab atas keluarga dia...ketiga dan keempat...aku bukan nak tumpang dengan kemewahan dia...aku nak tengok dia mampu beli dengan hasil duit dia...tak pakai duit mak bapa dia...dan tak terlalu berharap dengan kawan-kawan untuk hantar dia ke sana...ke sini...kan...tuh maksud aku...yang kelima...semua dah dapat...takkan nak lupa yang dekat atas kan?berterima kasih kepada allah...dan berdoa untuk dapat isteri yang sesuai untuk dia...

Sekarang perempuan-perempuan...kalau taknak kena kecewa...buat semua ni...dan tengok hasilnya...kalau betol la suatu hari nanti dia cari kita..betol lah tuh dia nak kita...dia tak main-main dengan cabaran kita lakukan dekat dia dengan semua tuh...nie semua pensyarah aku yang ajar...dan cara ni memang betol...tuh je aku dapat luahkan...oke...bye2...

cincau~


Sunday, January 01, 2012

31/12/2011 - 1/1/2012 tarikh sedih bemula

Asalamualaikum... sebelum aku mula kan bercerita... aku nak ucap kan selamat menyambut tahun baru... dalam FB dah kecoh-kecoh dah... (korang x tau kew?) huhu.. tapi aku tak sambut... maksud aku.. aku tak sambut bersama yang terSAYANG... iaitu awak sayang... (awak lah yang tengah membaca tuh... x kan x perasan? aish! huhu) takde la... orang yang aku sayang... sayang sangat... pada tarikh 28/12 aku mesej dia... aku cakap malam ni 29/12 aku nak call dia... then hp dia off... aku sabar...maybe dia tengah busy dengan kerja dia..aku faham la kerja dia tuh... then da pukul 1 pagi iaitu 29/12...aku kan dapat call pecuma because hari jadi kawan aku...no aku pakai mengguna kan ic kawan aku...aku da fikir boleh bebual lama-lama macam mula-mula dia nak usha aku sampai nak dekat pukul 5 pagi...buat super sever..3 kali kita buat super sever kan..huhu... orite.. aku call dia... dia still off hp dia... aku call banyak kali...tetap off jugak hp dia...sedih sangat...

Tarikh yang sama dalam pukul 1ptg gitu kot... aku try call dia lagi...mana tahu dia tengah lunch ke apa ke kan...orite tetap sama jugak OFF HP! okey! aku boleh kawal emosi aku lagi...sabar and sabar... petang sikit try lagi....tttttttuuuuuuuuuuttttttttttttt............................off hp lagi sayang... (saja nak buat gempak kot-2 da mati ke budak tuh...argh!!) malam pulak aku try call dia lagi.....off hp lagi... (senang cerita awak pergi mati bersama hp awak yang tak pernah-2 hidup tuh!!) tapi tetap taknak putus asa...sayang punya pasal... kalau mati betol-2 budak tuh aku yang merana...right? okey...terus bercerita.... aku try hantar mesej walaupun aku tahu hp dia off... nanti dia on dia boleh baca apa yang aku text dekat dia... aku cuma nak mengatakan yang aku amat merinduinya...sangat-2 merinduinya...kenapa awak off hp sayang? ermm....

Keesokkannya...pada tarikh 30/12... aku sanggup pergi beli topup malam-2 semata-mata nak call dia... tetap sama dia off hp... (korang mesti bosan kan asik off4!!) aku lagi bosan asik perempuan tuh jew yang jawab call aku...kalau cakap pekataan belainan takpe ni benda yang sama jew dia cakap...bosan...!!! da telintas difikiran ...mintak no kawan dia dekat kawan aku...! yes! call kawan aku...aku mintak no kawan dia...dapat! aku call kawan dia... ARGH!!!!!! OFF JUGAK KEW???!!! $%@! = ?? okey takpe.. aku hantar jew mesej dekat kawan dia... cakap kenapa budak tuh tak on hp? dah hantar tuh tunggu punya tunggu tak mesej-2 lagi... keluar dari bilik main anak kucing...manja-2 dengan anak kucing tuh...sekarang anak kucing tuh jew la tempat aku bermanja...sekian lama aku bermain dengan anak kucing tuh aku try pergi tengok ada ke tak kawan dia mesej... YES!!! akhir nya ada respon 1mesej and 2 miscall...kawan dia mesej and call...tapi aku tak jawab...huhu... nak jawab la ni...ups! bace dulu isi nye... okey... kawan dia cakap... saya da suruh dia on hp dah...awak call lah dia... apa lagi aku call...erm..off lagi...aku call la kawan dia... (ah! ah! tergagap-gagap nak jawab....huhu...tak baik...) kawan dia cakap saya tak besama dengan dia... dia dekat tempat lain...saya dekat tempat lain...biar saya call dia balik suruh dia on hp okey... orite aku tunggu... ada mesej masuk...no 019... mesej ni bebunyi...awak ni saya...ni no kawan saya...awak call no ni... mak ai!! 019 tuh! mahal la syeh... takpe-2 aku call jugak.... tttuuutttttt..................

Dia angkat...alhamdulilah akhir nye dapat becakap dengan yang tesayang...tapi sayang....kiteorang begaduh...sebab saya taknak faham dia and dia pun taknak faham saya,,..dia cakap saya ada hal penting sangat2 penting nak kena urus kan...aku pulak cakap...hal apa yang penting sangat sampai langsung takde mase untuk saya...kenapa hp tak on? dia cakap hp saya rosak..lagi pun benda ni penting sangat! sampai hp saya dah kemana...terus terang saya cakap...saya tak pernah curang or ape-2 tapi awak kena faham keadaan saya...aku cakap asik saya je yang kena faham persaan awak..awak tak pernah faham persaan saya...gaduh punye gaduh... aku tanya awak ingat tak esok 31/12 nie?! awak janji dengan saya awak nak balik JB jumpa saya...mesti awak lupa kan? dia cakap saya tak lupa and awak tahu tak saya ni sakit! aku cakap...oh! pikir awak jew sakit? saya lagi sakit... dia tanya awak sakit apa?! saya cakap saya sakit hati... terus dia menyampuk... awak sakit hati! saya ni sakit sebab kena buatan orang lagi awak tahu tak?! dush!! hati aku sebak...nak nanggis sangat-2.... terus aku tutup hp...off sekali hp tuh...nanggis sekuat hati aku....errmmm.....nak cari seseorang untuk temani aku...tapi............ :'(

Malam pada pukul 1pagi iaitu 31/12...no 019 masuk mengantar mesej...mesej ni bebunyi begini... 1 je orang boleh cakap...orang ni kena buatan orang balik...seksa tau ark....orang malas nak gaduh-2 or apa-2 k... yang penting PEREMPUAN GILA (extunang dia) tuh buat hal balik...orang tak dapat balik and orang tak dapat on hp...takut kena serang balik dari dia....orang mintak maaf...orang pun sedih jugak tahu ark? entah la...orang blur giler ar...maaf kalau agak saya menyusahkan...terpulang pada awak... awak buat la KEPUTUSAN SENDIRI k..maaf..... apa yang aku boleh buat? nangis kan? air mata jew la yang menemani aku malam tuh... dalam pukul 2.40 lebih pagi gitu la...aku send mesej dekat no 019... aku cakap... asalamualaikum...maaf gangu kamu malam-2 macam ni...kamu kawan si dia kan? saya nak mesej no dia...tapi dia off hp...so mesti membazir kan? kamu boleh tolong tak...tolong sampai kan dekat dia..sedegil mana saya..nanti saya yang tetap sakit hati...semoga dia cepat sembuh..saya nak buat keputusan...saya TAKKAN GANGGU HIDUP DIA LAGI....k..tengs... aku mesej dekat kawan die lagi satu yang berusaha suruh dia bukak hp... aku mesej.. awak..tengs k sebab tolong saya tadi...tolong cakap dekat dia...saya sayang dekat dia..sayang sangat-2 dekat dia...saya da buat keputusan...hope dia boleh terima okey...tengs,..

31/12/2011 tarikh yang sepatutnya aku jumpa dia...keluar dengan dia...dulu dia sendiri yang cakap...30/12 ni dia balik 31/12 ni kita jumpa la..aku mula-2 malas nak layan..sebab haritu pun tak jadi nak balik..tak jadi nak jumpa jugak...kali ni dia sendiri yang cakap kali ni betol-2 jadi...masa aku on the way nak balik JB dari bandar penawar...sempat aku beli something untuk dia...set couple punye... nak bagi dia time jumpa nanti...tapi...tak sangka boleh jadi macam ni...erm..

Awak...nak tahu tak saya pergi kuar dengan member saya dan PAKWE dia wak...pada tarikh 31/12 tuh la...awak nak tahu ape perasaan saya ketika berjalan besama pasangan yang sangat romentik tuh? jealous wak...sangat-2 jealous...saya tak tahu nak simpan perasaan saya macam mana wak...tengok pasangan tuh...makan icecream set COUPLE..bekongsi wak...sedangkan saya makan icecream set apa tahu tak? SINGLE....saya teringin nak macam tuh wak...teringin sangat...saya naik kereta pakwe dia...comel sangat tengok mereka...bahagia betol mereka dapat keluar.... sepatut nya biar saya duduk rumah jew daripada saya tengok pasangan tuh....dieorang pasangan yang sangat bahagia time tuh...awak tak jealous kew? dieorang ambil tarikh kita untuk date? tengok wayang lagi wak...saya duduk hujung...hanya melihat gelagat si pasangan tuh... awak...saya bukan tak faham perasaan awak...saya cuma sunyi jew wak...saya cuma kurang dapat kasih sayang seaeorang yang saya sayang....takkan awak xfaham perasaan saya macam mana? dah masuk tahun baru dah wak...saya cuma nak ucap happy new year dekat awak...tapi awak tak mesej-2 saya lagi pun...saya tunggu awak...tapi satu mesej pun tak ada sayang...awak..malam ni saya tengok bunga api sambil air mata sayang mengalir wak...saya bayangkan awak ada dengan saya tengok bunga api tuh wak...sambil awak mengelap air mata saya dengan tangan awak sendiri....tapi cuma angan-angan saya....benda ni mustahil akan belaku...takpe la awak...hope satu hari nanti awak akan bace blog saya....saya post khas untuk awak sayang... iloveyouforever....

cincau~

saya tunggu awak...k... :)



Wednesday, December 14, 2011

Hati sudah dimiliki ♥

Asalamualaikum.... hai..hehehe... rasa macam nak ketawa...nak jiwang-jiwang...nak dengar lagu cinta-cinta...hehe... takde la sekarang berakhir la hidup bersingle-singlelan ni...bermulalah hidup yang baru besama orang tersayang dan tercinta...dengan tepatnya pada pukul 4.56am tarikh 9 dec 2011 aku dengan si dia bemula besama...time tuh aku baru je kena kecewa dengan kawan aku...dan malam tuh jugak aku accept dia (nama dirahsia kan)...sebab time tuh aku tak tahu nak mengadu dengan siapa dan time tuh jugak aku nak cari kebahgiaan...alhadulilah Allah telah temukan aku dengan si dia..iaitu ex aku sendiri...so aku dah tahu la sikap dia macam mana lah... sebab apa aku putus dulu? malam tuh jugak si dia terangkan kenapa dia mintak putus... korang nak tahu? takpe la..biarlah rahsia k..kikiki.... so apa-apa pun iloveyouimissyouineedyou baby... :)♥


cincau~



Friday, December 09, 2011

2 hari mengenalimu...

Asalamualaikum....
harini amat menyedihkan bagi kawan-kawan ku...serta diri ku...
dah temasuk 2 hari aku menanggis disebab kan lelaki yang aku mula sayang...
hanya 2 hari aku rapat dengan dia dan aku dah mula sayang dekat dia...
disebabkan dia caring dengan aku...dan ciri-ciri lelaki idaman aku semua ada pada dia...

Macam mana aku boleh kenal dengan lelaki itu?
Ok...kawan 1 rumah aku yang kenal kan....lagi pun lelaki tuh duduk tak jauh dari rumah yang kiteorang sewa...
kawan aku bagi no aku dekat lelaki tuh....dan start la satu sahabat yang baru...
esoknya...pagi-pagi dah mesej...rasanya dah bangkit dari single....
dia wujud kan perasaan sayang dari hati ni keluarkan balik....dan mula kan untuk menyayangi seseorang...
dia romentik sangat...dia panggil aku bucuk....aku panggil dia gilew...lagi pun pekataan gilew tuh dia yang wujudkan dekat aku...hahaha...sweet time tuh...
dah nak senja da....baru nak ajak aku keluar....dan first time kiteorang besua muka bedua....
time tengah siap-siap tuh....ada jew yang belaku....sakit perut la...bedebar-debar la...kelakar time tuh...<3
dia dah sampai...huh! takut babe... aku keluar dengan kawan aku yang kenal kan aku dengan dia...
naik kereta....kebetolan pakwe kawan aku tuh kawan dengan dia...
so ada sekali la pakwe kawan aku tuh...lagipun dieorang ada masalah...nak kena selesai kan jugak...

Kiteorang pergi dekat pantai...woah!! romentik..udara yang nyaman,...angin membuat aku sejuk...takut sebenarnya....huhu..
kawan aku dengan pakwe dia tengah selesai kan hubungan dieorang...
aku dengan dia tengah dating bawa pokok kelapa sambil tengok ombak....
dari situ kiteorang gurau senda,,,best sangat....
kawan aku nangis-nangis gaduh dengan pakwe dia...hari pun da mula nak malam....
boleh pulak kawan aku taknak balik...then pakwe dia pujuk lagi....dan aku cakap la dengan dia...
"kalau awak nak balik awak balik la dulu...kiteorang nak lepak sini sampai malam..."
dia cakap.."awak jangan nak ngada-ngada....nanti apa-apa yang terjadi dekat awak macam mana?"
aku masih degil lagi...last-last dia pulak yang mengajuk...
aku pujuk dia...dia tak layan...aku geram...aku pulak yang mengajuk....haha...*main mengajuk-ngajuk pulak kiteorang ni...haha...dia pujuk...woah....sweetnya...suka sangat....haha...
pastuh kiteorang gurau senda...best...then pasangan tuh dah baik pulak...
dalam hati...mak aii...cepatnya...tak puas tau tak...start tuh aku masam je dalam kerata...huh!!

Dah sampai rumah...aku boleh telepas dekat cakap dekat dia...aku cakap :harini hari yang amat membosan kan"....jahat kan? memang jahat...
selepas isyak...dia mesej aku...dia cakap kenapa cakap macam tuh...aku cakap la abis ingat puas ke jumpa tadi? then dia cakap...alolo...manja nya...nanti kita jumpa lagi k...
and malam tuh dia ajak jumpa lagi...tapi depan rumah dia je,...aku jumpa la...and kitaorang bergurau-gurau...sweet betol...pastuh dia nak pergi jumpa kawan dia...and dia antar aku naik motor...dekat je kot sampai nak antar aku naik moto...takpe-takpe..sekali sekala dapat naik moto dengan dia..huhu...
dia cakap saya da antar awak naik motor ni...awak kena bayar duit minyak sebanyak 30ringgt...haha...duit minyak motor baru 5ringgit...dia cakap takpe la..lagi lebih tuh buat tengok wayang....
owh nak sangat ae? aku apa lagi jentik telinga dia..haha...
da turun dari moto tuh dia cakap saya tuntut tau 30ringgit...comel muka dia time tuh,...

Malam tuh dia cakap dia sakit kepala...aku cakap la rest la dulu...
mula esoknya...aku antar mesej dekat dia...dia tak balas....tengah hari sikit...aku antar lagi mesej...dia tak balas...sedih nya...aku try call dia...dia tak angkat...ok... secara tiba-tiba aku nangis...dalam hati aku tak sanggup kehilangan dia....then malam tuh aku try call lagi...dia angkat...aku da rasa bahgia...sangat-sangat bahgia...sekali dia cakap...."saya dekat rumah kawan ni...tengah bz ni..." then aku tak sempai cakap apa2 dia terus mati kan fon...YA ALLAH....sebak nye dada aku...
esok nya pulak iaitu arini....aku tetap tunggu mesej dia call dia...dia tak bagi-bagi...then malam ni aku bagi dia mesej...aku cakap aku mintak maaf...ape semua...then dia balas...da suka da ni...sekali dia marah aku...sedih nya,...aku nak jumpa dia buat kali terakhir sebelum dia takda lagi dekat sini...dia cakap..tak paya la jumpa saya...aku nangis lagi....nak cari ketenangan...pergi tasek...then kawan aku nak kuar dengan dia...kawan aku ajak aku...tapi aku cakap aku taknak ikut...da dia tak nak jumpa aku...buat apa aku jumpa dia kan...kebetolan kawan aku tuh suka dekat dia...tuh buat aku lagi sedih... takpela aku terima....aku lalu depan dieorang....dia buat bodoh seolah-olah aku ni orang asing bagi dia...aku nangis lagi....
last-last aku terus balik...then nak try lupa kan lelaki tuh....hope dia jangan cari aku lagi...
blog ni khas untuk awak....thanks for everything....
kalau teserempak ke apa ke dengan dia...aku akan buat-buat tak kenal.... :)

cincau~


Thursday, November 17, 2011

Tamat untuk enjoy

Asalamulaikum...hai korang sihat? dah lama aku tak update blog aku kan? yela..aku sebok bekerja...mula hari ini kena jimat...kena kenal duit itu penting dalam hidup..membuat sesuatu pekara mesti nak kena pakai duit...semua duit... kali ni aku kena tanggung sikit-sikit untuk belajar... aq sekarang bukan duduk hostel lagi.. aku da mula duduk rumah sewa..kena pakai duit banyak lagi..ayah da mula berhenti... sebab kerajaan da taknak... umur ayah da tak sepatutnye kerja lagi... aku tak tau nak buat apa sekarang.... dulu boleh la... setiap aku perlu kan duit..tepon ayah.. ayah bagi jew.. tapi sekrang ayah perlu fikir banyak kali nak bagi duit... nak harap kan duit pencen.... bayar tuh.. bayar ni... beli baran dapur..tut tut.. habis...hanya berdoa dan redha semuanya...

Mungkin ni memang amat sulit untuk aku hadapi... tapi dah tak boleh buat apa... semua kehendak kena henti kan.... hanya keperluan harus diterus kan... boleh ke aku hidup? nak cari kerja dekat sana... tak tahu tempat dekat mana an... kalau ada kerja pikir jugak takut tak boleh nak fokus belajar..sebab ngantok kan... masalah jugak....tak apa la... tengok macam mana dulu keadaan... kalau macam rumit je... tepaksa sem 2 ni jimat2... nanti cuti sem lagi...nak kerja lagi...simpan duit... duit ptptn pun tak boleh sesuka hati keluar kan..kena banyar duit sewa rumah dan beli barang dapur untuk makan...

Hope semua ni berjalan dengan lancar dan semoga Allah member aku jalan supaya tak mengharap kan sesiapa.... insyaallah aku bole hidup... ok la.. 20/11 ni da kena balik bandar penawar...so nak kemas-kemas...esok2 takde masa nak siap2..sebab kerja kena full... ok la..bubye semua... doa kan aku yang tebaik k...

cincau~