Tuesday, August 06, 2013

Mungkin Ini Adalah Takdir...

Asalamualaikum...

4 ogos 2013 persamaan 26 ramadhan 1434 A.H... hari yang pertama kali aku dan si dia berjumpa walaupun sudah setahun tak berjumpa.. tapi adakah ianya hari yang terakhir aku dan si dia berjumpa?

5 ogos 2013... si dia balik terengganu.. dia naik motor dengan adik dia balik ke negeri asalnya...  setiap pejalanan dia dari johor ke terengganu.. dia mesej aku... mesej yang terakhir..pukul 2.59 p.m.. dia cakap dia dah sampai dungun...mungkin perjalanan dia lagi sikit nak sampai rumah dia yang hampir dengan kelantan...

6 ogos 2013 pukul 12.42 a.m... masih tunggu mesej dia... walaupun dah banyak kali bagi mesej tapi mesej yang aku bagi asik failed.. mesej asik tak diterima... telefon dia lagi lah asik masuk voicemail jew... tak pernah-pernah dia tak balas mesej aku.. tutup handphone pun tak pernah...pagi,tengah hari,petang, dan malam selalu bagi mesej walaupun aku pernah takbalas..dia tetap bagi mesej... yang terharu selalu ingatkan aku untuk solat.. setiap 5 waktu dia tegor...Ya Allah.. aku takut ada apa-apa terjadi dekat dia.. dah lah aku tak tahu nak hubungi siapa lagi... aku cuma ada no fon dia jew... rumah sewa dia lagi lah aku tak tahu... disebab kan terlalu abaikan dan tak ambik kisah untuk tahu ini la akibatnya... lagi 3 hari nak raya kenapa boleh jadi macam ni? adakah kami akan berpisah selama-lamanya? serius.. aku dah takada sesiapa lagi selain dia yang selalu setia selama setahun dengan aku... nak tahu khabar dia pun jadi lah... tapi apa kan daya... tak tahu jalan macam mana lagi nak cari dia balik... hope harini dia balas mesej-mesej yang aku bagi... Ya Allah... hamba harap sangat dapat berita yang baik... hamba masih belum sanggup nak terima berita buruk... dia terlalu sempurna.. terlalu baik bagi hamba Ya Allah... kenapa selama setahun hamba cuba dapatkan kebahagiaan... bila pada 4 Ogos hamba dah mula rasa kebahagiaan bersama si dia tetapi ia pergi dengan terlalu cepat.. kenapa beri kebahagiaan tu terlalu cepat dan singkat...hamba tak layak ke untuk mendapat kebahagiaMu itu YA Allah? kalau ianya terjawab... hamba redha dan pasrah dengan apa yang Engkau tentukan...

Mungkin memang takdir dalam perjalanan hidup kita macam ini... atau mungin tiada kebahagiaan aku sepanjang hidup aku... Ya Allah... hamba akan cuba untuk terima dengan seikhlas hati hamba Ya Allah.. insyaallah hamba akan cuma untuk tidak salahkan takdir... hamba akan cuma mendapatkan hikmah disebalik ini... Insyaallah...


Tuesday, April 23, 2013

Hidup Pasti Diteruskan...

Asalamualaikum...

Hai kawan blogger... macam mana kehidupan harini? ceria?sedih?sakit hati atau biasa biasa jew? yang penting korang suka cara hidup korang sekarang ini...

Kemarin dua orang telah kembali ke rahmatullah akibat mati lemas dekat air terjun maran.. masuk surat khabar, nak tengok sila klik SINI... yang sedih kawan sefacebook yang pernah tegur,bergurau.... kami tak pernah jumpa walaupun duduk di johor bahru... dia adalah akmal ismail... dalam surat khabar tertulis kamal ismail tetapi nama arwah akmal ismail... tak sempat kita berjumpa kan? takpa.. kita jumpa di syurga nanti pasti... :)

Dalam facebook layan aku sangat baik... rupanya arwah memang baik sebab ramai yang dalam facebook kawan kawan arwah sedih... ALLAH lebih sayangkan arwah... kita sedekah al fatihah kedua dua arwah... akmal ismail dan amir fahmi yang ingin selamatkan kawannya tetapi turun lemas jugak... besar pengorbanan arwah...

Kepada kawan kawan arwah turun bersabar dan sentiasa berdoa untuk kedua arwah... 
إنا لله وإنا إليه راجعون ( kepada Allah kita datang , kepada Allah jua kita kembali) yang hidup diteruskan dan berdoa untuk arwah... kepada keluarga arwah takziah dan terima dengan redha....

~Al-Fatihah~





Sunday, February 24, 2013

Orang Yang Tersayang ♥

Assalamualaikum....

Wit wit ! dah lama tak update blog kan . . huhu. . apa macam ? rindu aku tak ? ape? rindu? aku pun rindu blogger aku ni... hehe :D

Okey nak cakap yang pasal ayah aku sebenarnya...ayah yang tersayang... tak silap aku da sebulan lebih lah ayah aku masuk hospital... sebab itu lah aku jarang update... dalam hati sangat-sangat risau tentang ayah... mula mula dapat tahu dari facebook kakak aku... dia cakap semoga ayah cepat sembuh... then baca komen seterusnya kakak cakap ayah masuk hospital... WOW! bengang gila sebab takde siapa yang bagi tahu... dapat tahu dekat facebook... sentap gile la... ayah masuk hospital sultan ismail.... ingat nak perg tapi dah malam then esok nya ada kelas... kena tunggu minggu depan baru dapat balik...

Dah abis kelas hari rabu 23/01/2013 esoknya cuti... terus balik... tumpang kawan punya kita... gerak dua kereta...satu myvi satu lag saga baru...aku naik myvi...myvi dah jalan dulu... lagi satu kereta saga masih belum jalan... dekat sempang tuh kita orang berhenti tunggu kereta saga kan... tak muncul muncul... sekali dieorang tepun yang dieorang accident kan... tekejut... kiteorang tanye accident ape tapi dia tak cakap cakap yang dengar menangis jew... yelakan orang tangah troma kan... kiteorang ingat tayar dieorang masuk longkang depan rumah... tak lah besar pun longkang tuh..kiteorang patah balik dengan bawak kereta laju sampai rumah tak ada pulak kereta saga tuh... fikir fikir mungkin dekat simpang empat.... dah nak sampai dari jauh kiteorang dah nampak ramai orang... sampai jew tempat kejadian.. AAH! memang sah dieorang punye kereta...teruk gila.. saga langgar bas kilang... nasib baik orang yang bawak dengan penumpang tak apa apa... aku cuma fikir keselamatan kawan kawan aku jew... kereta teruk takpayah fikir kan... tapi yang pelik nya yang bawak kereta tuh nangis bukan sebab troma... tapi sebab takut kena marah dengan ayah dia...macam mana nak soal jawab dari bapak dia.. itu jew dari tadi die fikir... ish2...

Lama jugak la berjam-jam dari pukul 2 lebih... sampai pukul 5 lebih nak masuk pukul 6 baru gerak ke HSI tengok ayah... sampai sana lagi 15 minit nak pukul 7....dah nak abis melawat... akhirnya dapat jugak tengok ayah walaupun 15minit sahaja... ayah mase tuh nampak kurus sangat... mata dah berair dah.. tapi kena tahan jugak...taknak ayah bertampah stress kalau tengok anaknya menangis... ayah sakit kelenjar limpa dekat kaki kanan... kalau korang search google image... nampak gambar dua kaki then salah satu kaki besar... bengkak... itu lah ayah aku alaminya... esok dan sampai abis cuti melawat ayah... dalam sebulan lebih tuh ayah dipindah ke hospital sultanah aminah (HSA) pulak nak buat kemoterapi... kesian kadang kadang tak lalu makan...

Sekarang ayah dah keluar dari HSA baru nampak dia selera sikit... HAH! nak promot ni... hari tuh kawan melawat ayah..dia bawak nasi ayam sedap sangat... sampai emak aku mintak resepi macam mana nak masak ayam tuh...hahaha... okey la Alhamdulilah ayah sekarang bertambah okey cuma tak boleh jalan sangat je..kalau jalan pakai tongkat 4 kaki... malas nak pakai tongkat pakai kerusi roda... saya harap sangat sangat korang sedekah la doa anda untuk ayah saya makin sembuh dan boleh jalan macam korang...dan emak saya sentiasa sihat jugak hihi... hanya ALLAH sahaja dapat balas budi baik korang... syukur alhamdulilah...

cincau~~